Monday, December 24, 2012

Permintaan yang Berat

Assalamualaikum..

Sources from *riniaprianty.wordpress.com*

Firstly nak ucapkan bertrilion trilion terima kasih kat Mummy jantung hati saya sebab terlalu banyak bersabar dengan perangai saya dan besarkan saya dengan baik selama hampir 24 tahun.
Lately, hati rasa terlalu rindu nak balik ke zaman budak budak dulu.
Kalau tengok budak budak kecik, hidup mereka ni macam tak ada masalah.
Nothing much actually.
Cuma sejak kebelakangan ni Nenek selalu suarakan pendapat dia tentang Abah.
Honestly setiap kali perkara ni dibincangkan Nenek, saya cuba mengelak.
Tak nak mencari kemarahan dan kekecewaan sendiri sebenarnya.
Bukan nak membangkang dan membantah nasihat nenek 100% tapi bila terfikirkan hak yang tak pernah dilunaskan, hati rasa membuak buak marah dan sedih bercampur aduk.
Apa yang Nenek mintak dari saya dan adik beradik mungkin kedengaran sangat mudah pada individu yang tak melalui fasa yang kami lalui.
Tapi, bagi kami, permintaan Nenek tu terlalu berat nak dilaksanakan macam suruh minum racun sebotol.

Dalam diam, terdetik jugak di hati, ada betulnya apa yang Nenek nasihatkan kat kami adik beradik.
Pendapat kami bertiga sama, untuk apa kami buat semua tu, apa kepentingannya?
Niat menulis bukan untuk aibkan sesiapa.
Lepas Abah pergi, waktu saya masih kecil, Mummy banyak berpenat lelah nak membesarkan kami tiga beradik.
Hidup kami bukan senang, mewah tapi hati Mummy cekal besarkan anak anaknya dengan kudrat sendiri.
Waktu tu gaji Mummy yang kerja sebagai kerani cuma RM400 sebulan.
Dengan gaji sebanyak tulah Mummy besarkan kami buat beli makan pakai dan belanja sekolah.
Tak pernah pulak Mummy mintak mintak duit pada adik beradik dia atau pada Nenek dan Atuk.
Bayangkan bila musim awal persekolahan menjengah, kos nak guna untuk persediaan sekolah bukan sikit, hampir seribu tapi Mummy berjimat untuk saya adik beradik.
Tak pernah lagi saya pergi sekolah comot dengan baju tak bergosok atau dengan perut kosong.
Mummy akan pastikan kami dapat keperluan macam anak anak orang lain walau Mummy sempit duit.
Mummy jarang beli baju untuk diri sendiri dan dia lebih pentingkan kami.

Mummy akan pergi kerja pukul 7 pagi, waktu tu untuk pergi kerja Mummy sanggup jalan jauh dari rumah untuk ke tempat tunggu bas dan teksi semata mata nak jimatkan 50sen yang Mummy kira kira boleh buat belanja kami adik beradik.
Masa tu Mummy belum mampu nak beli kereta, duduk pun rumah kos rendah yang agak agak selesa untuk kami 4 beranak.
Mummy ajar kami cermat pakai barang supaya kami tak membazir.
Baju sekolah dan baju kurung Mummy jahit sendiri, tak pernah hantar upah untuk jimat duit.
Baju sekolah pun pakai cermat supaya tahun depan boleh pakai lagi.
Macam tu jugak dengan beg sekolah, pakai secermat boleh supaya boleh pakai 2,3 tahun.
Kalau hari Sabtu Ahad, nak ke mana mana, mintak jasa baik Mak Uda.
Kalau Mak Uda (adik Mummy) kebetulan nak keluar, kami adik beradik boleh lah tumpang ke bandar untuk cari barang.
Tidak pun Mak Uda memang tak pernah berkira kudrat dia dengan keluarga saya.
Pertolongan semacam mana pun dia tak pernah berat hati nak membantu, macam tu jugak dengan suami dia.

Waktu kecil saya memang buas, nakal, degil dan sewaktu dengannyalah.
Waktu saya umur 7 tahun, Along dapat tawaran ke sekolah asrama penuh dekat Terengganu.
Bila saya dah umur 10 tahun, Angah pulak dapat tawaran ke sekolah asrama penuh dekat Pekan.
Ever since umur saya 10 tahun, saya dah belajar hidup seorang dekat rumah.
Mummy balik kerja dalam pukul 5 sampai ke rumah.
Masa senggang lepas balik sekolah dengan waktu Mummy sampai ke rumah, saya buatlah pekerjaan yang bukan bukan, budak nakal kan.
Waktu tu saya rasa sunyi bila tak ada orang kat rumah, Mummy pulak kerap masuk wad sebab darah tinggi.
Ada masa saya tunjuk protes bila kena marah, meragam tak nak buat kerja sekolah.
Pernah jugak Mummy menangis sebab terlalu marahkan saya waktu tu.
Masa tu tak rasa apa sebab saya tak nampak dan tak faham kesusahan Mummy.
Saya tak rajin belajar macam kakak kakak saya, kuat main, merayau cuma yang baiknya saya tak pernah poteng sekolah sebab cuma kat sekolah saya tak pernah rasa sunyi.

Kawan baik waktu kecik saya, sepupu saya sendiri, anak Mak Uda yang sebaya dengan saya.
Walau waktu tu sama sama kecik, dia macam faham rasa sunyi yang saya rasa.
Dia tak pernah berkira barang mainan, makanan or apa saja yang dia ada, dia akan kongsi dengan saya.
Pak Uda pulak, penyayag orangnya, saya adik beradik dia dah anggap macam anak mungkin.
Bila dia pergi jalan jalan, dia tak lupa beli buah tangan untuk kami, tak pun dia ajak kami pergi sekali.
Kadang kadang, apa yang anak dia dapat, kami pun akan dapat.
Dia akan hiburkan kami dengan cerita dia, kupaskan buah untuk saya, melayan kami itu ini, kadang kadang tolong uruskan pembelian buku sekolah saya.
Kalau nak dituliskan budi Pak Uda dengan Mak Uda pada keluarga saya, tak tertulis, terlalu banyak.
Perkara tu buat saya cemburu pada cousin saya sebab dia ada family yang lengkap.
Tapi sekurang kurangnya saya tak kempunan nak merasa kasih sayang ayah sebab Pak Uda dah saya anggap macam ayah.
Tak kurang jugak adik beradik Mummy yang lain, Pak Ngah dengan Pak Cu dan seorang kawan baik Mummy, Kak Ema.
Mereka pun banyak ambil berat pasal kami, nasihat dan pandangan selalu diberi supaya kami tak lupa.

Masa kecik, semua tu macam satu laluan harian yang saya lalui tanpa ada rasa sedih sebab kefahaman tentang kehidupan tu masih belum muncul.
Saya mula sedar pengorbanan Mummy bila pertama kali saya duduk jauh dari Mummy, waktu tu umur dah 18 tahun.
Haa sebab malas belajar, keputusan sekolah saya tak se-cemerlang kakak kakak saya yang jadi kebanggaan keluarga.
Saya cuma sambung sekolah di sekolah harian cina yang dekat dengan rumah.
Bukan tak dapat tawaran sekolah lain tapi sebab kenakalan saya Mummy tak percaya nak lepaskan saya di sekolah lain.
Apa yang syahdu, kesedaran tu meluap luap ketika saya dengar azan Maghrib waktu bulan Syawal, semester pertama saya kat kampus.
Maklumlah, first time berjauhan dari Mummy, dan  tak dapat balik rumah untuk 2 bulan.
Masa tu rasa menyesal, sedih, terharu semualah bercampur baur bila ingat balik semua perangai saya yang Mummy tahankan, bila teringat balik pengorbanan besar Mummy untuk kami.
Saya mula faham perlahan lahan perasaan Mummy.

Alhamdulillah, mungkin kerana keikhlasan Mummy besarkan kami adik beradik dengan tulang empat kerat, Allah murahkan rezeki Mummy.
Perlahan lahan Mummy mampu beli kereta sendiri biarpun dah lewat usia 40 tahun.
Tak lama lepas tu kami pindah ke rumah yang lebih selesa.
Kami adik beradik merasa belajar tinggi macam anak anak orang lain.
Mummy boleh beli barang yang dia nak untuk diri dia sendiri tanpa perlu fikir, ada lagi ke duit untuk belanja anak anak kalau dia guna duit tu.
Kami tak pernah larang Mummy berbelanja dengan duit dia bahkan Along selalu pesan kat Mummy, nak beli apa, beli je, soal duit tak perlu risau dah.
Mummy pun tak berkira sangat soal duit dengan anak anak.
Ada hikmah yang kami adik beradik dapat dari kehidupan kami waktu kecik.
Dari kecik Mummy ajar kami berdiri atas kaki sendiri, apa tak nya, saya mula bayar yuran sekolah sendiri waktu darjah dua, gosok baju sekolah sendiri, kemas rumah.
Banyak perkara yang kami uruskan sendiri tanpa susahkan Mummy

Lepas sedikit rasa kesulitan yang saya dapat dari kehidupan waktu kecik, pengorbanan Mummy yang sampai mati pun tak kan terbalas saya terfikir nasihat nenek.
Apa perlunya saya cari Abah?
Kata Nenek, sebagai anak, jangan kau putuskan hubungan dengan dia.
Tanggungjawab yang tak tertunai tu urusan dia dengan Allah, kau sebagai anak, jangan sampai jadi anak derhaka.
Carilah dia, hantarkan khabar, tanyakan khabar.
Jawab kami adik beradik, perlu ke semua tu lepas apa yang jadi?
Kami perlukan dia dulu, bukan sekarang Nek.
Tak guna dah kalau sekarang dia nak datang bertanya khabar, menjengah muka.
Untuk apa? Kami dah besar panjang, dah tak mengharap lagi kasih sayang ayah.
Pada kami, mudah untuk orang yang melihat untuk berkata tapi kami yang merasa yang terasa beratnya permintaan Nenek.
Dia yang pilih untuk putuskan pertalian antara dia dengan anak anaknya, kenapa kami yang perlu cari dia?
Untuk cari luka lama?
Bila disebut tentang dia, yang ada dalam hati saya cuma rasa kecewa, kadang kadang saya rasa terbuang dan disisihkan.
Seorang sahabat nasihatkan saya, satu hari kau adik beradik akan perlukan dia sebagai wali.
Wali? Wali tu sendiri maksudnya penjaga.
Ada perkara tertentu yang melucutkan seorang dari hak perwaliannya.
Kalau dah bertahun tak bertanya khabar, tak melaksanakan tanggungjawab, layak lagi ke untuk saya mengaku dia sebagai wali or penjaga sedangkan orang yang menjadi penjaga saya waktu kecik, adik beradik Mummy?

Beberapa kali saya menangis bila orang bertaya tentang Abah.
Kadang kadang rasa yang ada tu lebih pada benci.
Ada masa saya rasa malu bila orang bertanya pasal Abah.
Malu sebab hidup saya tak sesempurna kawan kawan yang lain.
Bila mereka heboh bercerita tentang hebatnya ayah mereka, baiknya ayah mereka, saya cuma mampu simpan rasa sedih dan kecewa dalam hati.
Untuk berkongsi tentang Abah, saya tak ada cerita yang menarik nak dibanggakan dengan orang lain.
Saya jadi terlalu sensitif dengan isu lelaki dan ada satu ketika saya cukup tak suka kaum lelaki.
Buat masa ni, permintaan Nenek terlalu berat untuk saya laksanakan.
Kata orang tua tua, luka tu masih belum sembuh, kalau ditunaikan permintaan macam curahkan garam atas luka.
Mungkin masa tu akan tiba, masa kami berlapang dada dan menerima segalanya sebagai pelajaran hidup, moga Allah lembutkan hati kami dan buangkan segala rasa marah dan kecewa dari hati kami, Amin

1 comment:

  1. rase nak nanges la bace ni kak nuyul..huhu...
    b strong... xmo sedey2 yep... :)

    ReplyDelete