Yes! Yes!
Blog ni da zaman berzaman ditinggalkan.
Jadi sebagai permulaan segala cerita, saya dah dapat dan dah pergi pun ke interview yang pertama selepas secara official tamat belajar.
Actually, interview semalam bukan interview pertama sepanjang hidup tapi yang pertama untuk mencari kerja.
Interview pertama dalam hidup masa apply untuk kemasukan ke Maktab Perguruan dulu.
Ceh, angan angan na jadi cikgi pada budak budak pra-sekolah.
Tapi sebab diri kurang persediaan, kurang pendedahan pada interview, lagipun otak fresh gila dari ladang sekolah menengah.
Kesan dan akibatnya, mental dan emosi ta terkawal waktu interview.
Lebih banyak diam waktu sesi grouping discussion dan menangis sakan bila ditanya tentang family, *sampai sekarang ta lupa betapa kejamnya pakcik yg menginterview saya tu bertanyakan soalan sensitip*
Grouping discussion tu sama je environmentnya dengan MUET tapi sebab sy ta pernah di-expose kepada something yg semacam itu jadi blur blur ubi la sikit.
Source from *bcdb.com*
So sekarang, back to the main topic.
Post yg di offer tu saya minta masa awal bulan Ramadhan dulu.
11 September tempat tu hantar emel bagitahu saya dipanggil untuk interview.
Rasa ta percaya pun ye jugak sebab before tu bermacam kejadian kecil kecil yg mengundang rasa kecewa berlaku.
Oh ya, saya dipanggil untuk interview dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk post Setiausaha Pejabat.
Memang susah na percaya lah saya dipanggil untuk di-interview dalam waktu yang agak singkat pulak tu.
Jadi, seperti rutinnya bagi orang yg bakal ditemu duga, saya pun mencari carilah informasi yg mungkin sesuai untuk digunakan sebagai perisai waktu na bertarung di medan perang nanti.
Mengikut kebiasaan juga segalanya persiapan last minute *soooo NurulZainal kan*
Dari hari dapat surat tawaran sampai ke hari semalam, rasa cuak gelora gelisah gusar semua ta ada langsung.
Gerak semalam dari Karak pukul 6 pagi ke PPUM and sampai di sana pukul 8 pagi.
Mujur lah Along berbaik hati na hantarkan, yelah UM tu tempat beliau belajar jadi na cari jalan ta perlu lagi.
Along hantar sampai muka pintu PPUM je then beliau terus gerak ke perpustakaan UM untuk cari bahan bagi research beliau.
Tinggal lah saya keseorangan meredah bangunan PPUM tu.
Rase macam tersesat di pulau yg sungguh ramai manusia, saya terus melilau mencari bilik temuduga tu lepas bertanya arah kat staff kat situ.
Pendek jugaklah sebelah kaki tawaf kawasan kat situ.
The best thing is siap bagi arah jalan kat sorang uncle cina ni.
Yelah kan waktu tersesat tu macam macam bilik la yg terpandang, kebetulan uncle tu tanye bilik yg memang saya baca seketul seketul ejaan depan bilik tu hihi.
Uncle tu speaking pulak pagi pagi.
Dengan keadaan saya yg masih pening pening lalat bila da jumpa bilik temuduga tu, saya memandang beliau, tersengih dan speaking pulak seakan akan anak ayam sambil tunjukkan jalan kat beliau.
Saya candidate pertama yg duduk tercongok kat depan bilik tu dari pukul 8 then sampai candidate kedua dalam 10 minit kemudian.
Waktu dia sampai saya terus pandang and okay, she's beautiful, serioulsy and she's my super duper senior rupanya kat Jengka, orang Temerloh pulak tu, keciknye dunia.
8 lebih bilik ready terus melepak dan buat buat study la konon padahal kepala melayang ntah ke mana waktu tu.
Berita paling seronok di dengar, ada 10 candidates je yg atend, then tiba tiba cuma tinggal 6 orang, heaven kan dengar.
Heaven ta heaven lah, semua yg datang tu cantik cantik dan ada pengalaman kerja sebagai secretary pulak tu, cuma saya sorang je fresh graduate.
Saya 2nd last candidate, so, makin lama la masa menunggu kan.
Tapi tengok air muka masing masing lepas keluar dari bilik tu macam okay je so hati kurang lah risau.
Lagipun before masuk PPUM tu Along, Mummy and Syuhadah da bagi kata kata semangat, dalam bilik tu Tasha text bagi kata kata semangat.
Bila dipanggil menggelabah juga lah kejap kejap then masuk terus senyum senyum dengan menepek muka confident gila.
Bila disuruh perkenalkan diri, interviewers yg 3 orang tu da tergelak gelak sebab dari 6 orang 4 orang candidates dari Pahang and saya salah seorang dari mereka.
Source from *wordsandtoons*
Then here it comes to the tricky part of the interview.
Memula depa tanya kenapa na kerja kat UM, jauh kot dari Mentakab.
Dengan confident je mengarut itu ini then terbongkarlah saya ada degree.
Bila depa da tau saya ada degree, depa trick dengan soalan ni "Since Cik Nurul ada degree, maybe satu hari nanti kalau kami tawarkan post ni, you mesti akan lari cari post yg lebih baik sesuai dengan qualification you"
Erk terjerut juga leher bila terdengar soalan tu tapi ada jawapan yang selamat dan end up dengan senyuman.
Lepas tu depa tanya "Apa yg Cik Nurul faham tentang integriti".
Depa tanya apa yg saya faham kan bukan apa yg terkandung dalam Kamus Dewan atau Kamus Bahasa kan.
Heh, jawab lah ikut sedap kepala yg dengan laju memikirkan ayat yang terbaik na diluncurkan laju laju dengan extra muka confident.
Soalan terakhir ditanya dalam tempo yang agak menyeramkan.
"Kalau bos bagi arahan salah macam mana, you na ikut atau ta". I give them answer and they tricked me again.
"Arahan yang menyalahi undang undang you sanggup buat?"
Saya jawab, saya ta akan ikut arahan yang menyalahi undang undang dan etika kerja.
"You tanak ikut walaupun you akan dibuang kerja sebab tidak patuh arahan?"
Saya fikir dengan baik and jawab "Peluang untuk bekerja tu insya'Allah ada di mana mana je, tapi once kita pecah amanah dan menyalahi undang undang, sampai bila bila kepercayaan untuk kita akan hilang" dan dia tersenyum, saya pun menarik lafas lega banyak banyak sampai kembung perut.
Just like that, my interview session ended.
Lepas habis interview otak rasa kosong gila gila macam lagu Najwa Latiff tu.
Tapi dalam hati, tade langsung la soalan pasal organisasi ke, isu semasa ke yg ditanya, cakap pun dalam bahasa Melayu.
Hati rasa kembali tenang macam sebelum masuk bilik interview.
Terus je melepak lepak dekat McD S.Alam sambil buat perangai annoying gila tengah makan.
Hasrat hati na berjumpa dengan sahabat yg seorang tu, Incik Nadzrul Noraja a.k.a Amin tapi ta dapat pulak, haish..
Malamnya pergi melempiaskan hasrat hati yg na ke i-City tapi ta tercapai sampailah malam tadi.
Dengan termakbulnya hasrat, dihadiahkan pula oleh Naz dengan ucapan tahniah, berdekah jugak ketawa dengan ucapan tu.
Again hasrat na berjumpa kawan yg seorang ni pun ta dapat jugak, next time ye Naz.
Puas menggila sana dan sini kaki pun rase pendek, pinggang pun naik sengal sengal akibat tahap hyper yg da melangit tinggi.
Maklumlah kan, da lama terkurung terperap dalam rumah bila keluar berjimba hyper tu ta boleh di control.
Lagi pulak bila di i-City tu ada 2 ekor lembu yg menawan hati hihi.
Doa pada Allah SWT, kalau tidak tertulis rezeki di PPUM tu untuk saya, mungkin ada rezeki yg jauh lebih baik, kerana DIA lebih mengetahui.
One of the best thing is semalam juga si sahabat yg seorang ni, Syuhadah ada 1st interview utk kerja juga dan waktu tamat interview kami hampir hampir sama.
Kuat kan kimia kami.
Semoga rezeki itu ada untuk kami :)


No comments:
Post a Comment