etsy.com
Bukan cerita apa pun.
Tapi banyak imbau cerita zaman budak budak dulu.
Bila hari petang yang terang, otak ni ligat ingat zaman kaki kecik sibuk lari lari.
Mula je buka cerita yang tu, Mummy pun sambunglah cerita saya adik beradik masa kecik kecik dulu.
Walaupun kadang kadang hati rasa sedih bila ingat zaman kecik kecik, tapi bila bab kami adik beradik, mengikiklah saya ketawa.
Alhamdulillah, Mummy selalu kata,
"Mummy tak pernah rasa susah besarkan korang adik beradik"
"Jaga Adik susah tak Mi? Yelah Adik kan nakal masa kecik"
"Nakal tu bila Adik dah besar sikit. Masa kecik kecik tak adalah susah pun Mummy nak jaga"
Saya. Beberapa bulan.
Rupa rupanya saya dah bangun tidur.
Bila Mummy siap siap nak mandikan saya, cepat cepat saya lari masuk bilik.
Panjat semula baby cot sambil kata "Eh lupa pulak", sambil berkelubung semula dengan selimut.
Bila ditanya kat Mummy, kata Mummy akal saya nak Mummy yang dukung saya keluar dari baby cot.
Tapi Mummy layankan aja, sambil dukung bawak terus ke bilik air, mandikan.
Pernah sekali kami bertiga beradik demam serentak.
Yang Along asyik je merengek.
Angah pulak, kejap kejap dia tanya, "Kenapa atap rumah kita kat bawah Mi".
Saya pulak, kejap kejap je muntah.
Mahu pulak tak pening kepala Mummy nak melayan sorang sorang.
Tapi kalau dah demam kami tidur je sepanjang hari.
Itu cerita bab demam.
Tak habis cerita tu, bila raya, sayalah hero kat rumah Nenek tu.
Yelah, cousins ramai balik.
Lagi seronok bila semua adik beradik Mummy balik.
Gegak gempita lah rumah Nenek.
Rumah Nenek yang tingkat atas tu rumah kayu dan rumah yang bawah baru rumah batu.
Bila semua cucu cucu Nenek balik, bergoyang lah rumah tu.
Manakan tidak, semua tak reti berjalan.
Nak ke dapur, berlari. Nak ke depan, berlari.
Masa kecik kecik, saya ni tak pulak lemah gemalai, sopan santun.
Bak kata Mummy, tak ada anak lelaki, yang sorang ni jadi lelaki.
Saya, Genting Highlands.
Waktu umur 4, 5 tahun, masa kaki tak reti duduk diam, mulut celoteh itu ini.
Hati rasa seronok lah dapat kumpul dengan cousin.
Ramai kawan kawan boleh buat nakal kat rumah Nenek.
Laman rumah Nenek luas, tepi tepi rumah pun luas, redup dengan pokok pokok buah.
Waktu orang orang tua sibuk bakar lemang, jerang rendang kat belakang rumah, Saya, dengan cousin yang lebih kurang sebaya ni duk menggila kejar anak ayam jiran sebelah.
Kejar tu bukan nak tangkap pun.
Bila anak ayam tu berhenti, kami pun berhenti.
Bila anak ayam tu lari, kami pun sibuklah berlari semula sambil mulut riuh jerit jerit "Sana ayam tu! Kejar! Kejar!".
Puas main kejar kejar, mak kami pun jumpa anak ayam tu dah tinggal nyawa nyawa ikan kena kejar.
Mujurlah tak mati anak ayam tu.
timblecrafts.com
Kalau cakap main apa memang geli geleman bila ingat semula.
Dalam tangan masing masing segenggam siput kecik kecik kami kutip.
Riuh lah mulut kami dua Bedah ni pot pet pot pet sambil kutip siput siput tu.
Bila tau dek Mummy dengan Mak Uda, riuhlah satu rumah.
Kena marah, suruh cuci tangan bersih bersih dengan sabun.
Sampai sekarang lah pekerjaan kiteorang disebut sebut.
Saya dengan Ona ni memang dari kecik dah rapat sangat.
Kiteorang berdua memang suka berborak.
Dari celik mata pot pet pot pet berdua sampailah nak tidur malam.
Mummy kiteorang pun tension tengok kiteorang macam tu.
Padahal hari hari jumpa tapi cerita kiteorang tak pernah habis.
Kalau musim buah pulak, pokok manggis kat belakang rumah nenek tu memang dah jadi port rasmi saya.
Pantang orang tak mencari, siaplah saya dah duduk melepak atas dahan manggis tu.
Tak padan dengan ketot(masa tu lah) duduk hayun hayun kaki sambil tangan laju je kupas manggis.
Bila dah kenyang pandai lah turun.
Cerita pasal manggis, masa kecik bila nak makan manggis je, Mak Uda akan togelkan kiteorang.
Biasanya saya bertiga lah dengan cousin saya.
Budak budak makan manggis, maklum jelah.
Air meleleh sampai ke siku.
Getah manggis merata, sampai ke muka pun ye.
Nak elak getah manggis kena baju, kenalah berlengging je tiga beradik.
Masa tu peduli apa tak pakai baju, janji buah manggis Nenek yang gemok gemok tu masuk perut kami.
Oh yes.
Satu benda yang saya ingat dari tadika sampai sekarang.
Masa tadika, saya berkawan dengan seorang budak lelaki yang sekelas dengan saya.
Hahaha memang asyik tersengih bila ingat ingat.
Ashraf namanya.
Bukannya apa, entah kenapa, dia cukup suka dukung saya kat belakang dia.
Bila keluar kelas kena beratur.
Dia cukup gentleman.
Orang semua beratur nak keluar kelas, dia pun sibuk pimpin tangan bawak saya keluar kelas.
Makan sama sama, dalam kelas duduk sebelah sebelah.
Pendek kata memang berkepit berdua untuk kebanyakan masa.
Tapi, bila dah masuk sekolah rendah, kami menggila main ejek ejek.
Sekarang ni, terus putus cerita.
Angah. 3 tahun.
Kalau cerita bab Angah, dari kecik suka sangat pergi sekolah.
Bila Along sibuk nak pergi sekolah dia pun sibuklah nak ke sekolah jugak.
Sampai sekolah Along, dia dah siap duduk kat tempat duduk dalam kelas tu.
Keras keras dia tak nak balik rumah semula.
Masa saya baru je lahir, Angah lah orang yang paling excited nak jaga saya.
Sibuk halaukan nyamuk, panggilkan Mummy kalau saya menangis, sibuk godek itu ini.
Yelah adik sorang je.
Sampailah saya tumbuh gigi, pandai jalan, dia lah orang yang paling excited.
Bila saya dah masuk U, dialah yang sibuk nak pergi shopping barang barang keperluan saya.
Along. Beberapa bulan.
Bila Mummy pergi kerja, dia pun mulalah dengan misi dia tu.
Adalah satu masa tu, sorang India yang dah tua lalu depan rumah sambil sorong basikal yang ada sayur sayuran.
Tiba tiba Along kata kat saya "Adik sebenarnya anak India. Tu yang lalu tu lah ayah Adik. Dia bukan nak jual sayur pun, dia lalu sini nak tengok anak dia".
Mana tak kecik hati kan.
Mentang mentanglah saya yang paling gelap dalam family, terus dia cap anak India.
Boleh kata hari hari pulak tu dia momok momokkan macam tu.
Tiap kali Mummy balik dari kerja, saya pun cepat cepat lah tanya kat Mummy, betul ke saya ni anak Mummy.
Mummy pun tunjuk parut Caesarean kat perut "Adik anak Mummy. Tengok ni perut Mummy kena jahit tempat Adik keluar".
Mummy kata dia pelik jugak kenapa hari hari saya tanya soalan yang sama.
Bila dah besar barulah terbongkar cerita Along tu.
Kalau tak psycho saya cara tu, dia buli cara fizikal pulak.
Masa kecik, saya ni badan macam roti bun, bulat sana bulat sini.
Kata Along dia geram tengok.
Paling geram kat lengan sebab tempat tulah dia selalu gigit.
Nasib baik bila dah besar tak badan tembun lagi kalau tak berkesan lagi lah gigi along kat lengan.
Tapi kalau bab berjalan, saya lah hero yang dera dorang.
Kalau tak larat jalan, saya mintak dukung.
Pernah jugak Angah terlentang masa dukung saya.
Maklumlah Angah tu kecik, dukung pulak adik yang sihat.
Kalau ingat cerita zaman kecik kecik dulu memang tergelak je.
Masing masing buat perangai macam macam.
Tapi itulah pengubat hati.
Saya suka waktu bening petang.
Bila waktu macam tu, saya teringatlah zaman kami lincah berlari sana sini keliling rumah Nenek.
Sekarang semua pun dah besar.
Yang perempuan dah boleh jadi mak orang, yang lelaki pun dah boleh jadi bapak orang.
P/S: Hari semalam tunjuk gambar konvo kat Nenek. Nenek tiba tiba menangis terharu.
Kata Nenek, kalau ingatkan nakalnya saya masa kecik kecik dulu, entahkan dapat masuk U.
Hati tua, syahdu.
Alhamdulillah Nenek, terima kasih sebab jaga Adik masa kecik dulu, ajarkan solat dan mengaji.






No comments:
Post a Comment