Since the past few months, saya dealing dengan prosedur dekat Hospital UiTM Sg. Buloh.
Ramai yang tak tau kewujudan hospital ni termasuk lah saya hihi.
Cuma sedar kewujudan hospital ni bila doktor kat PPUM suruh saya further kes untuk sementara di hospital ni.
Katanya lagi senang sebab saya student UiTM, untung untung dapat keutamaan haha, berangan sangat.
At first, memang mencabar kesabaran sebab ketidakcekapan staff kat situ buat hidup saya huru hara untuk tiga appoinment.
Okay sebab alasan hospital tu masih baru jadi ketidakcekapan dimaafkan walaupun hati dah berasap panas waktu tu.
Yelah, nak ke sana bukan dekat, terpaksa pulak menyusahkan si so called bff ni, Nadd (Nadzirah) untuk hantar saya ke sana tiap kali appoinment.
Bila huru hara macam tu rasa kesian kat dia, dah bazir masa, tenaga dan duit beliau, jadi kena sayang beliau lebih lah.
Okay, cut the crap, semalam kira macam betul betul date dengan doktor lah.
Doktor Faizal namanya, a lecturer dan jugak a surgeon.
So masa tunggu x-ray yang dah dibuat 28 Jan hari tu, kami berdua sembang sembang macam biasa.
Yang utama, sembang pasal result blood test.
Alhamdulillah, blood test clean macam clean and clear hihihi.
Suka kan, padahal hari before jumpa doktor asyik menangis sebab terlalu risau.
Dr. Faizal was too happy bila explain result tu kat saya, siap kata "okay next appoinment kita buat another 6 months okay", muka berseri seri.
Katanya, "Oh your blood okay sangat, normal. Protein okay, kolesterol okay, sel darah putih okay, darah merah pun okay, I'm happy to say your blood is in normal range. Even berat you tak stabil, turun naik tapi alhamdulillah protein you normal sangat."
Okay dalam hati rasa nak lompat lompat happy, menyesal aku nangis semalam, rasa gelabah berbulan bulan tapi hati rasa syukur, nak nangis lagi hahaha.
Then, Dr. Faizal mintak kakak nurse yang pregnant tu bawakkan x-ray saya.
Bila x-ray sampai, dia compare kan x-ray baru dengan yang lama (yang buat masa nak daftar untuk masuk belajar bulan 9 last year).
Dari x-ray, dia kata ada perubahan sikit.
Mulalah rasa menggelabah, apa yang berubah, tengok macam sama je
Katanya, dekat paru-paru macam ada perubahan sikit, sama ada lighting yang klinik lama guna tak seterang lighting yang hospital ni guna ataupun memang ada lung infection.
Adoi, kalau umur dah 60 mau mati sakit jantung, lepas satu, satu.
Bila dapat doktor yang details memang ni lah makannya hahaha.
At the end of conversations dia kata "Hemm, tadi saya happy nak jumpa awak lagi 6 bulan, ni dah tak happy sebab kita awalkan appoinment ye, sebulan lagi. Ada few tests awak kena buat sebab saya nak kan confirmation yang related dengan condition awak ni. Kalau result semua okay takpe, kita harap awak punya tests semua clear. Then kita proceed dengan MRI lepas awak rehat for few months okay?"
Dalam hati saya tengah bersabar sangat sangat dengan otak yang tengah confuse tambah dengan doktor kata amik darah lagi. Amik darah lagiiii?
Tengok jarum kecik tu pun saya dah takut, dalam sehari kena cucuk dua kali pulak tu, adoi.
Kalau hari tu blood test untuk tengok ada infection untuk Tuberculosis tapi kali ni untuk tiroid pulak sebab nak make sure saya betul betul clean before run untuk MRI.
Over sangat kann
*http://www.funnypicss.com/funny/funny-people/hate-injections/*
Sabarlah hati, sabar banyak banyak.
Bila masuk bilik, ada sister dengan nurse yang preggy tu hihihi sejuk hati tengok perut dia, comel hihi.
First injection tu untuk Tuberculosis jugak. Dia inject 0.1 mL volume yang contained 5 TU(tuberculin units) PPD dekat tengah tengah lengan.
Katanya lepas tiga hari nak tengok dia kembang, hahaha masa dengar saya tersengih je sebab rasa macam donut pulak tunggu kembang haha.
Actually nak tengok kesan dia kat lengan tu ada bengkak tak kat tempat inject tu lepas tiga hari.
Siap boleh deal dengan nurse tu nak inject tangan mana.
Kata nurse inject tangan kiri lah dik senang, kata saya inject tangan kanan lah nurse sebab saya kidal.
Nurse tu pun tergelak tengok saya, "Oh kidal, haa takpe. Kita inject belah kanan ye".
Amaran kakak nurse tu "Adik jangan gosok, sentuh, lap tempat kena suntik ni tau. Nak mandi boleh tapi jangan sapu sabun atas dia, losyen semua tak boleh pakai tau. Jangan usik langung tempat ni."
Lepas tu dia siap conteng bulatan besar sikit dari tempat injection (ada bengkak kecik sebab cecair tu masuk) dengan tarikh injection, rasa dah macam budak tadika je tangan berconteng haha.
Siap first injection kiteorang ke bilik amik darah kat bahagian depan pulak.
Kat situ kakak tu nak amek darah untuk test tiroid pulak.
Sempat pulak tu dia kutuk tangan saya kecik haha.
Jarum kecik tapi sakitnya kakak tu inject rasa nak cubit kakak tu.
First inject macam tak kena then dia cucuk dalam sikit baru darah keluar, waktu dia benam jarum tu saya dah tersengih menahan sakit.
Al-maklum jarang jarang jarum inject badan saya dari kecik, dah tua ni kuat sangat mengidam jarum injection haha.
Before balik semalam kakak preggy hadiahkan botol spesimen tiga bijik.
Mulalah saya jadi blur, nak buat ape pulak dengan botol ni.
Kata dia "Pagi pagi sebelum berkumur dengan gosok gigi awak letak ***** dalam ni ye. Then hantar sini tiap hari sampai Jumaat".
Tersengih dengar, then "Haa tiap tiap hari sampai Jumaat? Saya tak pasti boleh datang ke tak. Macam mana?"
"Ni prosedur dik, Awak kena hantar jugak tiap tiap hari"
Dalam hati, matilah aku nak mintak tolong siapa ni, takkan nak mintak Nadd hantar hari hari, cantik muka kau.
"Hemm takpelah, nanti saya mintak kawan saya yang hantarkan, Thanks"
Dan kebetulan yang amat sangat Nadd tak dapat hantar sebab terpaksa balik Johor, sampai Jumaat kot, sobs.
Nasib lah Teha (housemate) boleh hantarkan tapi merempitlah kami dua beradik hihi.
Pagi tadi merempit lah kami dari Shah Alam ke Sungai Buloh, bila tak biasa naik motor untuk travel sejauh tu, boleh pulak air mata keluar berderai derai.
Syahdu sangat ke naik motor tak tau lah, pergi balik pulak tu keluar air mata, haha.
Alhamdulillah, Teha sudi nak hantarkan, siap nak teman jumpa doktor Jumaat ni.
Doa doakan lah result Jumaat ni secantik blood test semalam.
Nak cepat proceed dengan MRI so that boleh confirmkan the exact illness.
Kawan kawan yang tolong bagi support tenkiu eh, sobs terharu.
My life was quite miserable this past few months, perasaan yang banyak terganggu sebenarnya.
But then bila dapat texts yang penuh kata kata semangat, tengah nangis pun boleh senyum.
Tenkiu so much fellas :*

No comments:
Post a Comment