Assalamualaikum..
Kadang kadang, dalam hari hari yang kita lalui, kita berbicara tentang banyak perkara.
Perkara yang menggembirakan, sedih, tidak puas hati, marah, semuanya kita lempiaskan.
Ada cerita yang perlu kita jadi kan perkongsian untuk memahami kesan dan akibat.
Ada cerita yang perlu kita jadi kan perkongsian untuk menambahkan pemahaman.
Cerita yang disampaikan lecturer dalam kelas research tadi cukup untuk buat saya tersentap dan terkedu.
Kisah kematian seorang pelajar perempuan.
Pelajar kepada sang pengajar tersebut.
Bukan tersentap mendengar ulasan dari kisah tu.
Tapi tersentap dengan realiti yang sama mungkin sang pelajar itu lalui seperti saya.
Kata kata luahan sang pengajar semacam terkena pada diri sendiri.
Terluncur ulasan dari mulut sang pengajar, hati mula menjerit jerit meluahkan benci.
Benci dengan sikap manusia, seorang lelaki yang lupa pada tanggungjawab yang telah Allah anugerahkan pada si empunya diri.
Terlalu beratkah tanggungjawab untuk seorang ayah?
Tepuk dada, tanyalah hati.
Kalau diri masih rasa tidak sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ayah yang sememangnya berat, tahankan lah fitrah diri.
"Like there's no bond"
Air mata hampir nak jatuh kerana saya faham sakitnya.
Tapi terfikir akan apa yang rakan rakan dalam kelas akan tanyakan.
Mereka masih tidak tahu, mereka masih belum kenal dengan NurulZainal.
Takkan tak semena mena nak menangis dengar kisah seorang perempuan yang langsung tidak kami kenal?
"Dia boleh ketawa"
Mana sifat penyayang yang sepatutnya ada dalam diri sang lelaki itu?
Lenyapkah segala rasa sedih yang sepatutnya ada dan terbit dalam hati?
Saya dan sang pelajar adalah orang asing.
Kami tidak pernah berjumpa mahupun berkenalan?
Mendengar sikap sang lelaki buat saya rasa jelak dan muak.
Itu kah sifat seorang ayah yang telah lupa pada tanggungjawabnya terhadap anak perempuannya.
Apakah dia lupa bahawa, sampai satu saat nanti, dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya terhadap anak anaknya?
Sudah terlunas?
Sudah terlaksana?
Saya cuba untuk tak bersikap prejudis.
Tapi tipikal lelaki memang jelas dengan pandangan mata.
Pengalaman, sekitaran, semua beri cerita yang sama.
Tanggungjawab ayah terlepas saat berpisah dengan si ibu.
Semudah itu?
Tepuk dada, tanyalah iman.
Apa yang Islam telah gariskan sebagai panduan untuk kamu menjadi seorang ayah?
Gelaran wali yang Allah anugerahkan untuk lelaki sentiasa disia siakan maknanya.
Tanyalah pada lelaki, tau atau tidak, sedar atau tidak mereka akan tanggungjawab mereka yang tersangat berat?
Ramai yang akan katakan bahawa mereka tidak tahu dan mereka tidak mahu tahu.
Mereka jahil tetapi masih bertongkatkan ego.
No comments:
Post a Comment